Search This Blog


Wednesday, 30 May 2012


“kami berada pada petang hari dan segala kekuasaan hanyalah milik Allah. Segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagiNya. milikNyalah semua kekuasaan dan milikNyalah semua pujian. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.



Masih teringat-ingat peristiwa balik dari kerja semalam. Masa keluar dari tempat kerja pukul 6 petang semalam cuaca ok je. Tak nampak pun tanda-tanda nak hujan. Then, macam biasalah bawak kereta nak balik rumah. Dan terlintas nak singgah mydin kejap. Tapi dah sampai kat traffic light dekat dengan sek. Kubang kerian tu, tiba-tiba cuaca berubah dan keadaan jadi gelap seperti malam. Time tulah dok berkira-kira nak belok kiri ke mydin atau terus balik rumah. Dalam dok pikir tulah kereta belakang dah hon, sebab dah green signal. Dengan menggelabahnya, tekan minyak balik rumah teruslah. 

Hujan makin lebat, sekali dengan ribut dan kilat sabung menyabung. Allah je yang tahu perasaan masa tu. Tak pernah bawak kereta dalam situasi yang mencemaskan macam tu. Jalan pun memang tersangatlah sesak dan jem sangat-sangat. Memang ketakutan bila air cepat je naik sampai ke paras tayar kereta. Yang paling takut kilat, guruh, dengan ribut. Radio pun dah tak dapat signal. Perut lapar lagi sebab tak lunch. Sampai je dekat jalan Binjai, kenderaan langsung tak bergerak-gerak. Rupanya ada pokok tumbang. Mengerikan bila ada accident kat sebelah. Maybe sebab jalan licin.


 Kereta memang sesak, stuck kat situ. Kaki hampir cramp bila terpaksa mengawal klac dan brek. Dalam hati dok nak sampai rumah cepat-cepat. Mintak Allah permudahkan perjalanan kami semua. Hampir sejam terperangkap. Dalam meneruskan perjalanan nak sampai rumah tu dah takut. Takut tiba-tiba ada pokok atau tiang letrik hempap kereta. Yes! Hazirah memang suka pikir jauh. Finally! Hati menjerit kesyukuran bila nampak bumbung rumah. Alhamdulillah sangat. Terima kasih panjangkan usia ini, Allah. 



-kadang-kadang tengok orang bawak motor best gak. Macam cepat sampai rumah. Tapi dah tak reti bawak, hanya mampu tengok je..:p

-thanks aizon for calling early this night. Awak suka buat kite gelak dengan perangai-perangai kita dulu. always missing you! (ayat klise kawan2: xdenya awak nk contact kite kalau bukan kite yg contact awak dulu. hehe. time kasih sebab paham)


-im bored right now, you should know it.playing zuma, angry birds (expert only in these two games). Currently waiting for incoming message or call.

-nak tido. okbai.


Monday, 28 May 2012


What I can say is am truly sorry..sometimes tu ada perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsi. Tidak ada niat untuk menyembunyikan apa-apa tapi saya tak mahu perkara yang belum pasti diceritakan dulu. Saya takut pada perkara yang halfway. Bila sudah hampir ke penghujungnya, saya janji akan khabarkan kat awak. saya manusia hanya mampu merancang tp bukan kita sebaik-baik perancang dan menentukan. Awak kawan baik saya dah lima tahun, dari awal perkenalan kita di universiti lagi, awak kan sangat memahami saya yang agak pendiam dan suka berahsia. Saya rindu awak juga. Lots of our memories remain in my mind. Not giving any news doesn’t mean I forgot u and our friendship, instead not 24/7 texter..:( Janganlah berkecil hati disebabkan perkara tu. Saya jadi susah hati. Bukan dengan awak sorang saya tak beritahu, dengan orang lain pun sama. Hehe. Saya tulis kat blog ni sbb saya tak dapat tido dan tahu awak takkan jumpa blog saya. Maafkan saya, ai. Dan saya rindu semua orang. Ummu, zahrah,fisah, zahidah, khaty, ila, izzah, sue, nadiah, k.eli, bibah, zirah, deeja, aeda, jee, dan semua kawan-kawan. Thanks sangat jadi kawan-kawan yang baik. Hopefully, we can meet up again one day!:)

Saturday, 26 May 2012

dah tau dah jawapan dia. memang kena ambil jalan tu lah kan. takpelah, meninggalkan demi Dia. Allah pasti permudahkan dan rezeki tu memang milik Dia ('',). nak buat notis dan hantar notis. mengharapkan panggilan2 interview2 lain dan mengharapkan keputusan yang positif dari exam dan interview tempoh hari. amin..
: time kasih zaharuddin.net dan program tanyalah ustaz reply emel saya.
: time kasih kakak bagi info dan en.D tolong tanyakan untuk saya..:)

Tuesday, 22 May 2012


Permintaan Rasulullah  s.a.w kepada Tuhannya pada malam Nakhlah. Baginda berdoa:

Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepadaMu akan lemahnya kekuatanku, kurang rekadayaku, dan remehnya aku di mata orang lain. Engkau Maha Penyayang di antara para penyayang, tuhan orang-orang yang tertindas. Engkau adalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku, apakah kepada kerabat yang memusuhiku atau kepada musuh yang Engkau kuasakan kepadanya urusanku. Akan tetapi aku tidak peduli dengan semuanya selama Engkau tidak murka terhadapku, sedang pemaafanMu kepadaku lebih luas (daripada murkaMu). Aku berlindung dengan cahaya DzatMu yang menerangi kegelapan dari urusan dunia dan akhiratku menjadi baik kerananya, agar jangan Engkau turunkan murkaMu kepadaku atau Engkau titip akan kemarahanMu kepadaku. Hanya Engkaulah aku memohon belas kasihan hingga Engkau redha. Tiada daya (untuk menghindar dari kemaksiatan) dan tidak ada kekuatan (untuk melakukan ketaatan), kecuali dengan pertolonganMu.


Seringkali kita minta selamat kepada Allah bila bahaya menimpa diri,

tetapi jika bahaya telah berlalu kita melupakanNya.

Saat melaut kita memohon agar Dia menyelamatkan perahu kita dan jika kita kembali ke pantai,

kita berbalik derhaka kepadaNya.

Kita dapat mengudara dengan aman dan nyaman tanpa khuatir jatuh,

kerana yang memelihara kita dari terjatuh adalah Allah.  

-semoga Dia permudahkan.
-from Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni (La Tahzan) Jangan Bersedih jilid 3.                                                                                        

Monday, 21 May 2012

Saad Abi Waqas | iluvislam.com discover the beauty of islam

Saad Abi Waqas | iluvislam.com discover the beauty of islam

" We ask help from God and believe in Him. Sufficient for us is Allah representative. There is no strength and power than Allah the Most High, Most Great".


"There are two things that you should remember and two things that you should forget which are:
-The two things that you should remember are:
1. Good deed that other person did to you.
2. Your bad deed to others
-The two things that you should forget are:
1. Your good deed to others
2. Other bad deed to you
hati perempuan mudah sensitif kan. lebih2 apabila melibatkan orang-orang yang penting dalam hidup. 
hazirah: mudah sangat sensitif (tp tak selalu). why is it? simply dont know and as usual prefer to be alone for a while. macam mak kata: seorang yg sangat2 pemendam. bukan pemendam, bukan seorang yang suka menyendiri but when nobody don' wanna to listen. when everybody getting busy and busy and busy, what else can i do. Me too, busy as well (tetiba rasa nak berhenti :D). but if there is someone would like to lend me shoulder. maybe i am not somebody, just anybody. hmmm. 
*let all world don wanna to listen to you, but Allah is always there to listen. sebaik-baik tempat mengadu adalah Dia, Pencipta yang Maha Agung.
*esok 1 Rejab 1433 Hijrah. puasa sunat hazirah! lagi 2 bulan kedatangan Ramadhan. cant wait!
-lap airmata T_T

Wednesday, 9 May 2012

sometimes, hoping i won't grow up. just remain child till forever. no problems, no stress, nothing complicated happened to think, never understand anything. just happy,  smile and laugh when got something. laugh out loud.  *sweets, chocolate, bear etc. but learning to grow up wisely. - sebenarnya cuma nk tulis cmne bleh tertinggal nota isu semasa nih? 93 pages to finish. cuai. pheww..
hazirah: please stay strong for another two days. sila sila sila sila sila sila sila sila sila  sila sila sila sila sila sila bertabah! and google comel lg. sempena tribute to Howard Carter, english archaeologist and egyptologist.


Saturday, 5 May 2012

tertekan. menekan. ditekan. tekanan. underpressure. exam+kerja+interview. padan muka! please do remember    
5 things before the other 5. demi masa. haihh. feels like to sleep all the day. bisa?

Tuesday, 1 May 2012

finally! syukur alhamdulillah. all praises to Allah. thanks to Ambank Group, for giving me chance to be part of your family. 2nd May 2012: sedia berkhidmat. terima kasih Allah.