Search This Blog


Saturday, 30 June 2012

this one's for you and me..
living out our dreams..
we're all right where we should be..
with my arms out wide..
i open my eyes..
and now all i wanna see, is the sky full of lighters..

selalu teringat-ingat cerita, lawak-lawaknya. sangat-sangat buat orang tak tahan gelak. then boleh tanya nape gelak, suka sokmo lah. habis tu, kalau benda tu lawak, it is compulsory to laugh, right? lawak spontan pulak tu. tahulah belajar mekanikal pun, tapi takkan nak letak enjin airplane kat kereta supaya boleh ke bulan ke bintang..:p

anyway, thanks for made my days..:)

                                                                    **********
hari : ahad.
waktu : 7.30 malam
program : siapa di rumah
artis : remy ishak..!!

ok. nak tengok chef ismail gi serbu tengok dekorasi rumah dia. hehe.


Wednesday, 27 June 2012


Menekan-nekan kekunci pc setelah beberapa minggu tidak meluangkan masa depan pc ini. Kesibukan bila mak tak ada 2 minggu ni. Banyak benda jadi tanggungjawab, jaga makan minum ayah, jaga adik-adik specifically. I miss u, mak.

Maaf juga kat kak na sebab terlambat balas mesej akak kat fb. Memang lama juga tak on fb. Im sorry sangat sebab akak minta pendapat 2 minggu lepas dan baru sebentar tadi saya berkesempatan reply. Saya minta maaf bila tak tahu nak bagi pendapat sangat bila ia melibatkan soal cinta yang tidak berpanjangan. People can talk but you carry it right. But please, let go the past and move on. Allah knows better. kadang-kadang Allah pisahkan akak dengan dia sebab Dia rasa akak tak sesuai dengan dia, tapi Allah dah sediakan yang sesuai dengan akak. think wisely please. Janganlah seksa diri sangat dengan perkara macam tu. You can count on me, that one day you will have a better life, happier than your happiness before. Satu hari nanti hidup akak akan jadi lebih baik lagi. Percayalah. Berserahlah segala-gala padaNya. Macam ayah saya pernah cakap, biar putus kasih sayang dengan manusia, tapi jangan putus kasih sayang dengan Allah. Biar satu dunia benci kita, tapi jangan biar Allah benci kita. Appreciate life, akak. Life happens only once. I pray the best of you.please believe that life full of miracles, and that miracles might happen to you.  Maaf sebab saya tak pandai bagi pendapat =(
*******
Teringat saya pada cerita saya. Hehe. Macam mana pada bulan Ramadhan tahun lepas saya mintak sungguh-sungguh dengan Allah. Setiap hari dengan rasa sebak berdoa minta Allah beri. Dan saya tahu sekarang Dia dah makbulkan. Dan hanya saya dan Allah je tahu apa yang saya minta =). Thank you, Allah. Saya Cuma berharap Dia sentiasa jaga apa yang Dia dah bagi ni sampailah tiba waktunya.

******
Biasalah, bila jumpa dengan kawan-kawan, saudara mara pasti akan bertanyakan soal jodoh. Saya memang akan senyum je. inshaAllah one day. Tapi dalam hati sebenarnya saya ada sebab sendiri. Sebab saya nak spend time dengan family saya dulu. Betul-betul saya nak berbakti kat mak ayah saya dulu. Sekaranglah masanya, sementara saya masih di rumah dan belum mendirikan rumah tangga. Bila saya dah mendirikan rumah tangga, saya dah tak jadi milik keluarga saya lagi. How I love my family, always there during my upsides and downs. Saya harap sangat that person memahami. Tapi fahamlah, saya ni jenis yang simpan sorang-sorang.
Ps: teringat kat tukang yang suka buat lawak tu, tukang suka explain panjang lebar.

*******
 Kakakku yang berada di Sarawak, janganlah tuduh-tuduh orang matikan talian, line kan selalu tak clear. Connection error. Orang sendiri pun tension dengan Celcom. Upgrade your network service, please………..!! (akhirnya kakak suruh on skype)

Kakak : aku balik khamis nih. Ambil kat airport malam
Hazirah : cuti ke? Tetiba nak balik.
Kakak : tak. Rindu kat kampong. Cuti 4 hari. Hihihihi.
Hazirah : suruh ayah gi ambik. Malas lah nak drive malam
Kakak : malaslah. Ayah tu suka nak cepat. Aku nak makan kfc
Hazirah : kfc? Nak! Lama tak makan. Belanja eh.
Kakak : ok set. Bawak adik n nasihah sekali.
Hazirah : orait!!:D
Kakak: jap! u ada blog ea?
Hazirah: mana tauuuu haaa?? (seingat aku tak pernah orang tahu, except those rx-roommates, and macam pernah terbagi kat D, tp xkan dia view, dia tu bsy, ye dak? –bermonolog jap)
Kakak: hahahahha. Aku terjumpa. Wah3. Advance sekarang
Hazirah: gedik! Tak payah view lah.
Kakak: blog u tu macam banyak persoalan jer
Hazirah: hehehehe. Mestilah. Dah. Nk tido. Bye..:p
Kakak: okey. Kirim salam semua.
Hazirah: orait!




Sunday, 17 June 2012

pray for somalia..
pray for afghanistan..
pray for palestin..
pray for syria..














dear Allah, save them. gives them victory. save all the Muslims.

Saturday, 16 June 2012

ok. kesihatan semakin baik. alhamdulillah. itulah, berjemur tengah panas minggu lepas hampir 3 jam. ok dah2. tak tahupun hari ni mak ada kursus kat terengganu. cuma hari khamis tempoh hari mak kata ada kursus, ingat kat sini je. pagi-pagi lagi mak cakap kat terengganu. mak pesan jaga adik, nanti ayah beli lauk sebab aku tak sihat untuk masak. padahal tak teruk pun demam.

dan memang bosan duk rumah bila mak takde. tinggal aku dan adik dua orang. bila kakak, asif, ilah, ikah nak balik? ada diorang tak sunyi..:). adin pagi-pagi dah bangun main game perang-perang. tu je kerja dia bila cuti sekolah. tapi sangat enjoy hari ni ada cerita lemony snickets, walaupun dah berpuluh kali tengok tetap best!!! semua kanak-kanak comel: 3 beradik (violet, sunny, klaus).
sunny yang super duper kiut! comel sangat-sangat. kalau dapat memang cium sampai lemas. tembam dan blush!

enjoy sebab bes dan ada 3 budak-budak genius ni. count olaf tu memang jahat. tamak. nasib baik mereka adik-beradik genius. even they lose their parents, but they happily survive. " even their parents were not in this world anymore, but you three can have a happy life together". ceh.. menulis penuh emosi.




ps: hidup sederhana lagi baik asal kan bahagia. sedangkan orang yang hidup mewah dan kaya-raya lah perlu pikul tanggungjawab yang lebih berat (ke mana mereka bahagi-bahagikan rezeki mereka. sedangkan di akhirat setiap nilai kekayaan itu yang akan ditanya).  dan sebab tu jugalah orang miskin dulu yang masuk syurga. tak salah jadi miskin kan. nabi miskin, sahabat-sahabat baginda pun miskin. tapi biar miskin yang tidak menyusahkan. maksudnya bersederhana.

ps2: teringat kat mak dan seorang lagi yang kat terengganu..:D

Wednesday, 13 June 2012

macam mana nak luahkan apa yang kita rasa? tak pandai. tak reti. naif. macam-macam perasaan bercampur. tolong! menulis kat blog sebab tahu tak ada orang tahu. i've got something to tell you. please listen (heart only listening). enjoy janji jujur sepi drama at tv9..
maybe im not the right one. thinking without a thought. blank..

Tuesday, 12 June 2012

annoying cough. tak sedap badan. lemah semacam. can i ask for m/c for tomorrow and after tomorrow? huhu tak larat.. :(. akibat daripada diperlakukan macam zaman pemerintahan nazi. hmm. nk masuk perkhidmatan awam pun kena lari-lari bagai. bukan kalau kerja duduk je ke. apa-apalah. tak larat nak buka laptop pun, tapi adik main game tak tolong tutup sekali. haihh.

#fa iza maridhtu fa huwa yashfin..

Saturday, 9 June 2012






"Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala marabahaya dan petaka. Kami memohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenanlah)".

Monday, 4 June 2012

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu waktu  dhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu..
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu..
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu..
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah..

 dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah..
jika sukar, permudahkanlah..

jika haram, sucikanlah..
dan jika jauh, dekatkanlah..
berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu..
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..



Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan.. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki..


Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
   




Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
lama sudah tak menjejak kaki ke matrikulasi uiam. for almost 5 years. banyak kenangan kat situ. rindu mahallah khadijah, kelas kat ax, ly, library, cafe, cc underground, aeda, jee, dayah, alia, farah- all ex-roommates. tak banyak berubah dan masih sama. lagi sorang family member dapat uia. sebab kak ngah dia yang menghasut pilih uia as a first choice. hehe. sila belajar rajin-rajin dan ingat pengorbanan mak ayah.

then, malam tadi gi pasar malam kat setiawangsa. masih sama dan makcik tu masih kenal. hee. time kasih. beli taufufa, yong taufu, nasi ayam kukus. makan tak habis. tulah, tamak lagi. haihh. kepenatan dan mengantuk tapi still tak boleh tinggal rancangan masterchef selebriti. penyokong tegar farouk hussin, serina dan angah raja lawak. tapi err.. nape azwan ali tu suka guna aksesori perempuan? hmm..

apapun, bila nak dapat citer avengers dengan snow white and the huntsman nih? kalau kat uia dulu, bantai je keluar lepas kelas sorang-sorang gi tengok wayang kat klcc. sekarang ni klcc tu dah beratus kilometer dari sini. malas nak mendownload.

-mengantuk dan tido!

Friday, 1 June 2012

menangis sampai bengkak2 mata. tersentuh. uhuuuu. macam air paip. tak boleh nak halang dari keluar. tapi tak boleh nak tutup macam air paip. biarlah. jadi panda. jadi burung hantu. fahamilah saya..:(

-are you watching me a way up from the sky? 
  i hope and pray you are, but won't know until i die
  i do know one thing that is definitely true
  my life left on this earth
  won't be the same without you.

:nape kpop tu selalu nk tersebut keropok pop? ape yg bes sangat kpop?