Search This Blog


Saturday, 16 June 2012

ok. kesihatan semakin baik. alhamdulillah. itulah, berjemur tengah panas minggu lepas hampir 3 jam. ok dah2. tak tahupun hari ni mak ada kursus kat terengganu. cuma hari khamis tempoh hari mak kata ada kursus, ingat kat sini je. pagi-pagi lagi mak cakap kat terengganu. mak pesan jaga adik, nanti ayah beli lauk sebab aku tak sihat untuk masak. padahal tak teruk pun demam.

dan memang bosan duk rumah bila mak takde. tinggal aku dan adik dua orang. bila kakak, asif, ilah, ikah nak balik? ada diorang tak sunyi..:). adin pagi-pagi dah bangun main game perang-perang. tu je kerja dia bila cuti sekolah. tapi sangat enjoy hari ni ada cerita lemony snickets, walaupun dah berpuluh kali tengok tetap best!!! semua kanak-kanak comel: 3 beradik (violet, sunny, klaus).
sunny yang super duper kiut! comel sangat-sangat. kalau dapat memang cium sampai lemas. tembam dan blush!

enjoy sebab bes dan ada 3 budak-budak genius ni. count olaf tu memang jahat. tamak. nasib baik mereka adik-beradik genius. even they lose their parents, but they happily survive. " even their parents were not in this world anymore, but you three can have a happy life together". ceh.. menulis penuh emosi.




ps: hidup sederhana lagi baik asal kan bahagia. sedangkan orang yang hidup mewah dan kaya-raya lah perlu pikul tanggungjawab yang lebih berat (ke mana mereka bahagi-bahagikan rezeki mereka. sedangkan di akhirat setiap nilai kekayaan itu yang akan ditanya).  dan sebab tu jugalah orang miskin dulu yang masuk syurga. tak salah jadi miskin kan. nabi miskin, sahabat-sahabat baginda pun miskin. tapi biar miskin yang tidak menyusahkan. maksudnya bersederhana.

ps2: teringat kat mak dan seorang lagi yang kat terengganu..:D

No comments:

Post a Comment