Search This Blog


Thursday, 27 September 2012

banyak lagi report nak kena buat. oh! rasa cam nak upah orang...
main word search ngan angry bird kejap...:P
cuaca sangat redup. mengantuk tapi takleh tido lagi.
pakai sweater dan stoking tebal..

Wednesday, 26 September 2012

kantoi dengan mak. mak tanya kenapa bengkak semacam mata, merah semacam hidung. anak mak yang pandai brlakon ni terus buat tenyeh-tenyeh hidung, kata hidung tersumbat dan selsema. buat-buat nak ambil panadol.
tapi mak lebih mengenali anak mak ni.for the first time in life, sungguh-sungguh anak mak menangis depan mak. buruk dan teruk kan. mak angguk-angguk je. mungkin ni pertama kali mak dengar anak mak luahkan perasaan. hmmm..
mak kata benda tu kecil, jangan perbesarkan. percaya pada dia, percaya pada Allah. jangan salahkan sesiapa. semua orang pun akan ada ujiannya. ni baru sikit. pertahankanlah. jangan terburu-buru buat andaian sendiri. jangan sedih-sedih. kalau dia tahu anak mak teruk camni, mesti dia lagi susah hati. sokonglah satu sama lain. jangan jadi terlalu paranoid dan pathetic.
baiklah mak. maafkan orang curi masa mak.
mak cadangkan something. insyaAllah mak, when next year is coming, im gonna make evrything clear. seksa kan kalau terus-terusan camni. i feel relieved.terima kasih sangat sudi dengar.
pagi tadi berjaya joging..:) untuk release sebenarnya. pastu makan tutti frutti yang mahal amat tu. beli semua jenama coklat kat 7/11.takpelah, just wanna enjoy myself.
oklah.tak mahu ganggu D. dia mestilah sangat penat dengan kerja dia dan actually dapat rasa dia tengah tension. taknaklah tanya-tanya dia. nanti dia lagi stress. kalau dia nak share, will listen with open heart.
kan si john gray tu kata, lelaki tu kalau ada something arised, dia akan mengasingkan diri dan perempuan tak boleh desak. berbeza kan dengan perempuan, kalau ada masalah atau pun sedih, dia nakkan orang tu dekat dengan dia dan beri sokongan. pelik kan. tapi memang patutlah, sebab takkan Allah cipta lelaki dengan perempuan tu selain untuk saling melengkapi kan. macam john gray kata, men are from mars, women are from venus.
lagipun memang dapat detect, lelaki yang tengah tension main game sampai lebih waktu. salah satu cara untuk release. ok. saya harap awak cepat baik..
from now on, just wanna think maturedly, raionally and wisely. Mr.D, please support me.

ps: malas nak buat report plkn. 18 sesi. huhu. gonna miss all my students and welcome to the new trainees.
ps: kesian hemu-hemu saya. saya jadikan awak tempat saya sembam muka.saya suka sebab fluffy dan saya suka peluk awak.
ps: dapat hamper dari garnier..:) hari tu saje isi borang kat watson bagi pengguna produk tu yang melebihi tiga tahun. padahal letak slogan saya suka menggunakan produk garnier kerana baunya harum dan terasa ringan. dapat hamper ni, boleh buat stok setengah tahun.
ps: terasa masa lambat berlalu untuk tahun depan!

merambu-rambu airmata keluar. entahlah. biarlah. D tk perlu tahu yg aku memang sangat sedih. dia pu penat. kenapa ramai yang mendoakan dia &.... huhuhuhu. malam ni, tak dapat tidolah. serabut!

Thursday, 13 September 2012

kadang-kadang, bila kita dah memiliki sesuatu, kita kena bersedia dengan kemungkinan untuk khilangannya kan. walaupun terpaksa sakit menerima. T_T.. "she's interestd in you because you're the chosen one"-hemione

ps: belajar. lusa exam..
ps2 : missing this girl..always listening to me..


Wednesday, 12 September 2012

need some sleep...
kenapa mesti exam lagi? huhu..
jadi panda.........
boleh tak gi exam tu, tulis kat belakang kertas: en. yang mark paper saya, tolong bagi saya pass. ayah saya nak sangat saya kerja govt. kasihanilah saya...err, soalan bgi senang sikit..:p

Tuesday, 11 September 2012

yeay! my last day fasting. lengkap sudah puasa ganti + puasa 6. alhamdulillah :)
mak suruh buat apa2 hidangan untuk raya esok.
tak tahu nak masak apa.
lagipun sorang je esok.
im all alone.
eleh! kalau tak tulis ayat simpati tu tak leh ke?
yelah. ok. tak sedih pun. hehe.
tengokla masak apa. yang penting berjaya habiskan puasa ni..:)

ps: good luck to my youngest brother, for UPSR examination, from today on. terima kasih dengar cakap kakak ni untuk seminggu dua.

ps2: welcome back to malaysia, my brother. ceh! belum sempat apa2 dah start continue for master program in uiam. pengaruh kakak juga suruh sambung study kat situ. hehe. mestilah. uiam platform untuk kita jadi 'human'. lagipun kali ni ayah nak anak dia duk dekat dengan dia je. ok paham! lelaki dua orang je. tak kisahlah sampai mana kita belajar pun, yang penting keikhlasan dalam menuntut ilmu. bukan untuk menunjuk2 dan dapat kerja yang bagus2. rezeki di tanganNya. ikutlah niat kita. mudah-mudahan Allah permudahkan. ameen ya rabb...

Monday, 3 September 2012


Melalui hari yang memenatkan hari ni. Mak mintak hantarkan, m.ma call pagi2 hantar dia kat airport sebab ada kursus, takde orang nak hantar. Tapi.. kenapa mesti drive kereta dia? Mak sedara ku ini, orang tak boleh drive kereta besar2. Tapi gagahkan diri juga drive balik kereta dia. On the way balik, kononlah singgah kedai nak beli roti buat isi perut. Time nak bayar kat kaunter, menyampahnya dengan perangai pakcik nak bagi balance. Tak boleh ke kalau tak sentuh tangan orang. Nasiblah sempat elak. Geram tahap cipan! Ingatlah anak bini awak tu pakcik yang dah berumur. Jangan sesuka nak sentuh orang. Suami saya je boleh sentuh saya (amboi hazirah! tingginya bahasa. Mestilah..:P) dah. Pegi hntar kereta m.ma kat rumah dia. Memang berjaya drive balik tapi kereta mewah camtu tak sesuai dengan saya kot. Malas nak tulis apa yang memenatkan lagi hari ni. Cuma harap dapat panggilan kerja cepat.

Ps: sebenarnya rasa nak menangis. Ok. Dah nangis pun. Terasa sendirian sangat. Takpelah. Hazirah..please stay strong. awak kan pandai pujuk diri sendiri. Awak kan dah biasa sorang-sorang. Baiklah. Allah ada. Ya.. Ya Allah, andainya Kau telah tetapkan sesuatu itu milikku, kekalkanlah sehingga ke akhirnya. Tetapkan hati-hati kami. Permudahkan segalanya. Lindungi orang-orang yang aku sayang. Ameen.  Ok. Lap airmata dan tido. Tak malu nangis. Dah nak jadi isteri orang pun perangai camni lagi. Biarlah. Bukan susahkan orang. Nak release jekkkk………………………………………..

Ps2: main angry bird kejap.

ps3: tak sabar nak mula kelas  balik kat plkn jumaat ni.