Search This Blog


Wednesday, 26 September 2012

kantoi dengan mak. mak tanya kenapa bengkak semacam mata, merah semacam hidung. anak mak yang pandai brlakon ni terus buat tenyeh-tenyeh hidung, kata hidung tersumbat dan selsema. buat-buat nak ambil panadol.
tapi mak lebih mengenali anak mak ni.for the first time in life, sungguh-sungguh anak mak menangis depan mak. buruk dan teruk kan. mak angguk-angguk je. mungkin ni pertama kali mak dengar anak mak luahkan perasaan. hmmm..
mak kata benda tu kecil, jangan perbesarkan. percaya pada dia, percaya pada Allah. jangan salahkan sesiapa. semua orang pun akan ada ujiannya. ni baru sikit. pertahankanlah. jangan terburu-buru buat andaian sendiri. jangan sedih-sedih. kalau dia tahu anak mak teruk camni, mesti dia lagi susah hati. sokonglah satu sama lain. jangan jadi terlalu paranoid dan pathetic.
baiklah mak. maafkan orang curi masa mak.
mak cadangkan something. insyaAllah mak, when next year is coming, im gonna make evrything clear. seksa kan kalau terus-terusan camni. i feel relieved.terima kasih sangat sudi dengar.
pagi tadi berjaya joging..:) untuk release sebenarnya. pastu makan tutti frutti yang mahal amat tu. beli semua jenama coklat kat 7/11.takpelah, just wanna enjoy myself.
oklah.tak mahu ganggu D. dia mestilah sangat penat dengan kerja dia dan actually dapat rasa dia tengah tension. taknaklah tanya-tanya dia. nanti dia lagi stress. kalau dia nak share, will listen with open heart.
kan si john gray tu kata, lelaki tu kalau ada something arised, dia akan mengasingkan diri dan perempuan tak boleh desak. berbeza kan dengan perempuan, kalau ada masalah atau pun sedih, dia nakkan orang tu dekat dengan dia dan beri sokongan. pelik kan. tapi memang patutlah, sebab takkan Allah cipta lelaki dengan perempuan tu selain untuk saling melengkapi kan. macam john gray kata, men are from mars, women are from venus.
lagipun memang dapat detect, lelaki yang tengah tension main game sampai lebih waktu. salah satu cara untuk release. ok. saya harap awak cepat baik..
from now on, just wanna think maturedly, raionally and wisely. Mr.D, please support me.

ps: malas nak buat report plkn. 18 sesi. huhu. gonna miss all my students and welcome to the new trainees.
ps: kesian hemu-hemu saya. saya jadikan awak tempat saya sembam muka.saya suka sebab fluffy dan saya suka peluk awak.
ps: dapat hamper dari garnier..:) hari tu saje isi borang kat watson bagi pengguna produk tu yang melebihi tiga tahun. padahal letak slogan saya suka menggunakan produk garnier kerana baunya harum dan terasa ringan. dapat hamper ni, boleh buat stok setengah tahun.
ps: terasa masa lambat berlalu untuk tahun depan!

No comments:

Post a Comment