Search This Blog


Friday, 19 October 2012

ayah: anak yang baik adalah anak yang tak menyusahkan ayah dan suami dia kat akhirat.

huhu. tersentuh. insyaAllah ayah, orang nak jadi macamtu. orang bukanlah sempurna tapi orang cuba jadi yang terbaik. orang tak sempurna. semua orang pun tak sempurna kan.

tahulah. ayah berceramah pasal anak ayah ni bila guna kereta mesti lupa nak off radio. maaflah. kaki orang masih sakit. drive pun slow. err..ada kaitan ke?! lantaklah.

ps: saya sorang ke yang merindu? takpelah. saya tak sedih cuma saya seorang perempuan normal. kan :(. dahla hazirah. kalau dia tak sibuk mesti dia dah contact. baiklah wahai hati!!

It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside

Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order

 


Thursday, 18 October 2012

tak dapat nak join lawatan. kaki masih tak dapat nak bergerak pantas. takpelah, selamat jalan2 pada semua :)

thanks to nafisah tolong drivekan kereta, saya masih tak dapat nak drive. kaki akan berdenyut2 setiap kali tekan minyak/brek.

ps: betul ke orang kata, bila kita rindu orang tu, dia pun sedang rindukan kita?! :(

Thursday, 11 October 2012




Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan..
ps: sampai bila nak berbangga dengan harta dan pangkat? 
baru terperasan! kad raya ummu belum balas lagi. huhu. mesti dia tunggu balasan kad tu. adui.. nak cari kad raya kat mana time2 camni. sori ummuuu. but im always keeping u in my heart...:)


Wednesday, 10 October 2012

subuh-subuh lagi dah angkut semua barang2 duk kat ruang tv ngan komputer ni.seksa lah duk berkurung kat bilik dri malam tadi. erk... macamlah panjang sangat jangka masa tu..:P

nak tulis gak. nak tulis gak. malam tadi ayah hantar gi klinik, tengah kat ruang menunggu tu, ada satu couple duk tunggu giliran gak. (cemana saya tahu couple? tahulah sebab diorang macam tengah bincang hal bertunang). rasa macam nak trgelak, loya dan yang sewaktu dengannnya. huehue. nape awk buat pakwe awk camtu. saya yg tengok ni rasa kesian. yelah, kepit pakwe ibarat taknak berpisah walau sesaat. it's pubic place ok. tak kisah pun sebenarnya sebab benda tu common depan mata. tapi nape makwe awk duk jeling kita, macam nak telan orang. takutlah.

don't worrylah, saya bukan usha pakwe awk pun (kepit memang taknak lepas). saya tertengok gelagat awk dua orang je. lagipun, saya memang tak minat usha2 orang. lagi satu, nape mesti baby sana, baby sini, baby itu, baby ni. hehe. yelah, the most happiet couple of the world kot kan.

dah tiba giliran awk tu, nape mesti merengek-rengek depan orang ajak pakwe masuk sama. huhu. kesianlah.
dah keluar pun kepit lagi. berbulu mata. ayah pun tak sanggup tengok, sampai dia tunggu kat luar je. it's ok. tapi kenapa mesti jeling orang? dah tu bagi ayat camni "baby, nnti kita beli rantai emas harga 3000 k". hehehehehe.

hazirah ni banyak sangat kenapanya. yelah. memanglah. dah dia tu berkepit camtu. nak kasi sape jeles. kita tak kenal pun awk. jangan risaulah. saya tak minat benda usha2 nih. dalam hati saya dah ada orang, xde sape pun boleh ganti!

oh! part2 mengada-ngada ni en.D untung lah. sebab saya bukan jenis yang menyusahkan orang, merengek-rengek, manja tak tentu pasal. huhu. saya pun kalau nak ke mana-mana, kalau selagi boleh buat sendiri, saya buat sendiri. tapi kadang-kadang merajuk gak..:D normallah. kan perempuan.

kalau mak baca ni, mesti mak kata tak untung pun. sebab saya akan senyap je kalau merajuk. bukan nak bagitau.. yelah. sebab taknak susahkan. tapi mak masak dengan anak mak ni kan..:)

ps: mengantuk tapi kaki berdenyut-denyut. kredit telefon tinggal 98 sen. taknak topuplah. takut ter call orang tu. buat dia kalut je. huhu. kesian dia..:(. tapi........kalau teringat camne?!!! biarlah. memang hari-hari pun teringat. tapi kalau betul-betul teringat smpai nak menangis camne?!!!!!! huhu. biarlah gak. taknak lah kacau. tunggu dia je contact.

ps: nasib baik lawatan ditunda ke khamis depan. kalau tak, susah nak bergerak.

ps: dah dapat dua jemputan kawin. congrats kedua-dua pasangan..:)

ps: saya geram yg amat dengan celcom. nape kat bilik orang lain n ruang lain elok je network. kat bilik saya je ada 1 bar. huhu. nape mesti bias di sini? sedih tau tak..:((((

Saturday, 6 October 2012

entahlah, macam nak mengeluh tapi tak bagus kan. hmm. dapat call untuk interview as editor kat p.jaya. mana mungkin dapat ke sana sebab saya terikat dengan kontrak untuk 3 bulan lagi. takpelah. rezeki akan datang lagi. insyaAllah. susah kan bila berdepan dengan pilihan dan terpaksa lepaskan walaupun dah lama menunggu peluang kerja begini. kerja sebagai volunteer pun bes gak. volunteerist is not a choice, but it is responsibility.

 teringat masa dapat tawaran master kat uia dan uitm tapi terpaksa juga declined, sebab fikir soal kewangan, mak ayah, macam2 lagi. it's ok. saya memang nak fokus cari kerja dululah sekarang. dah berkeluarga nanti baru fikir sambung belajar. itupun kalau diizinkan.

ku tekapkan 99 namaMu di telapak tanganku.. Allah, i'm leaving everything to You......

ps: terasa perlukan orang untuk bercerita. takpelah. takkanlah orang akan sentiasa ada masa untuk kita kan.
     dan saya seorang yang pendiam ni kalau orang tak tanya, saya tak ceritalah. saya taknak ganggu orang.

ps: hari khamis ni lawatan dengan budak2 kem..



Wednesday, 3 October 2012

yeay! report was done :) mengantok yg amat. takleh tido di waktu senja begini. nnti jadi sewel.. hehe

ps : perempuan membebel kerana sayang,
      perempuan marah kerana risau,
      perempuan cemburu kerana takut kehiangan,
      perempuan menangis kerana ikhlas sayangkan lelaki, bukan menunjukkan dia lemah atau meminta
      simpati...
      ok! tiba2 jiwang. huehuehue. tp that's true kan??!!