subuh-subuh lagi dah angkut semua barang2 duk kat ruang tv ngan komputer ni.seksa lah duk berkurung kat bilik dri malam tadi. erk... macamlah panjang sangat jangka masa tu..:P
nak tulis gak. nak tulis gak. malam tadi ayah hantar gi klinik, tengah kat ruang menunggu tu, ada satu couple duk tunggu giliran gak. (cemana saya tahu couple? tahulah sebab diorang macam tengah bincang hal bertunang). rasa macam nak trgelak, loya dan yang sewaktu dengannnya. huehue. nape awk buat pakwe awk camtu. saya yg tengok ni rasa kesian. yelah, kepit pakwe ibarat taknak berpisah walau sesaat. it's pubic place ok. tak kisah pun sebenarnya sebab benda tu common depan mata. tapi nape makwe awk duk jeling kita, macam nak telan orang. takutlah.
don't worrylah, saya bukan usha pakwe awk pun (kepit memang taknak lepas). saya tertengok gelagat awk dua orang je. lagipun, saya memang tak minat usha2 orang. lagi satu, nape mesti baby sana, baby sini, baby itu, baby ni. hehe. yelah, the most happiet couple of the world kot kan.
dah tiba giliran awk tu, nape mesti merengek-rengek depan orang ajak pakwe masuk sama. huhu. kesianlah.
dah keluar pun kepit lagi. berbulu mata. ayah pun tak sanggup tengok, sampai dia tunggu kat luar je. it's ok. tapi kenapa mesti jeling orang? dah tu bagi ayat camni "baby, nnti kita beli rantai emas harga 3000 k". hehehehehe.
hazirah ni banyak sangat kenapanya. yelah. memanglah. dah dia tu berkepit camtu. nak kasi sape jeles. kita tak kenal pun awk. jangan risaulah. saya tak minat benda usha2 nih. dalam hati saya dah ada orang, xde sape pun boleh ganti!
oh! part2 mengada-ngada ni en.D untung lah. sebab saya bukan jenis yang menyusahkan orang, merengek-rengek, manja tak tentu pasal. huhu. saya pun kalau nak ke mana-mana, kalau selagi boleh buat sendiri, saya buat sendiri. tapi kadang-kadang merajuk gak..:D normallah. kan perempuan.
kalau mak baca ni, mesti mak kata tak untung pun. sebab saya akan senyap je kalau merajuk. bukan nak bagitau.. yelah. sebab taknak susahkan. tapi mak masak dengan anak mak ni kan..:)
ps: mengantuk tapi kaki berdenyut-denyut. kredit telefon tinggal 98 sen. taknak topuplah. takut ter call orang tu. buat dia kalut je. huhu. kesian dia..:(. tapi........kalau teringat camne?!!! biarlah. memang hari-hari pun teringat. tapi kalau betul-betul teringat smpai nak menangis camne?!!!!!! huhu. biarlah gak. taknak lah kacau. tunggu dia je contact.
ps: nasib baik lawatan ditunda ke khamis depan. kalau tak, susah nak bergerak.
ps: dah dapat dua jemputan kawin. congrats kedua-dua pasangan..:)
ps: saya geram yg amat dengan celcom. nape kat bilik orang lain n ruang lain elok je network. kat bilik saya je ada 1 bar. huhu. nape mesti bias di sini? sedih tau tak..:((((
No comments:
Post a Comment